top of page


Mencari lukisan Rembrandt, pelukis terkenal Belanda. Kes rompakan lukisan Rembrandt yang tidak pernah diketahui kewujudannya telah berlaku di Amsterdam, Belanda! Nuri yang sedang belajar di Belanda meminta bantuan daripada pakar khazanah dan mereka bercadang mencari penggila Rembrandt iaitu Proffesor Jan demi menyelesaikan kes ini. Pang-Yi menjumpai bukti yang ditinggalkan oleh pencuri dan bahan cat pada abad-17 di atelier Proffesor Jan, lalu menyelesaikan siasatan. Mark dari Treasure Master juga nampaknya ada kaitan dalam kejadian ini.

Ekspidisi menghalang warisan China diseludup keluar!
Pang-Yi dan rakan-rakan berkunjung ke China untuk tugasan arkeologi di Makan Maharaja Qin Shi Huang. Kemudian mereka diberitahu lukisan Yang Guifei yang amat berharga telah dicuri oleh Dr.Bong. Bagaimanakah mereka menjejaki Dr.Bong dan mendapatkan semula lukisan itu? Bagaimana pula mereka mengenalpasti ketulenan lukisan dan bertarung dengan juara wusya China?

Geo dihadiahkan percutian di atas kapal persiaran kerana kejayaannya menyelamat kumpulan kembara dalam "Ikhtiar Hidup Dunia Virus". Namun, kapal persiaran itu dilambung ombak yang dahsyta! Kilat dan badai melanda silih berganti menyebabkan Geo terdampar di satu ruang misteri bersama rakannya. Mampukah mereka menghadapi saat getir ini?

Inginkan coklat yang tunaikan hajat? Tapi sebagai bayaran aku akan ambil benda paling penting dalan diri kau.
​
Aikawa Shokora adalah pembuat coklat di "Chocolat Noir". Coklat yang dijual adalah coklat yang boleh tunaikan segala hajat. Hari ni pon ada pelanggan kerana aromanya manis tapi kali ini.... ada pelanggan istimewa bertandang...?
​
Blanche, perempuan sihir putih. Akhirnya, kita dapat baca kisah silamnya.
bottom of page