top of page

"Mustahillah dia hidup balik. Kau jangan main-main Raziq, mana ada manusia yang dah mati hidup balik!"

Khai berang. Dia tidak kisah andai sahabatnya itu ingin bergurau dengannya.Tpi satu, jangan bergurau tentang lelaki yang paling dicintainya. Lelaki yang pertama  menjentik hatinya, memberi semangat dan sentiasa ada dengannya sehinggalah dia berjaya tinggalkan jahiliahnya.

tapi tak lama...

Karya tinta cerita yang diceduk dari relung prasati hati, seorang anak gadis yang pernah dimatikan Allah seketika, "Mati Suri". Dia dikebumikan selama lima hari berturut-turut dengan satu jasad misteri. Kematiannya berpunca dari kegagalan proses pembedahan jantung berlubang yang dihidapinya. Doktor mengesahkan kematiannya, lalu jenazahnya melalui proses pengebumian seperti biasa. Pada suatu hari, ayahnya bermimpi tentang anaknya dan anaknya memberitahu bahawa dirinya masih hidup. 

​

Saifullah mencari-cari seseorang yang boleh digelar sahabat. Jalinan ukhuwah Saifullah antara Senior yang amat rapat tiba-tiba terlerai. Insiden dengan 5 Paksi Kejahatan dan Senior memadamkan nama Senior sebagai sahabatnya.Konflik dalam memerangi anasir negatif 5 Paksi Kejahatan mencapai satu kemuncak yang tidak terjangkau oleh akal.

Berjayakah Saifullah berhadapan dengan 5 Paksi Kejahatan tanpa Senior? Apakah hubungan Senior dengan Amiri, Abbas dan Atikah? Adakah dengan darah dapat menumbangkan 5 Paksi Kejahatan?......dan siapakah sebenarnya yang layak digelar 'sahabat'? (relasi)

Novel yang bertema cinta yang lima. Bukan cerita cinta yang biasa tetapi ianya tentang cinta yang agung berserta dengan cinta dunia yang fana. Apakah cinta yang lima itu? Cinta Ilahi, Cinta Nabi, Cinta Ummi, Cinta Sahabat Sejati, Cinta Ajnabi. 5 cinta ini akan menjadi tema hidup seorang jejaka bernama Ameer Islam. Bagaimana dia bergelut dengan jahiliahnya dan kerak busuk dosa nodanya itu membelenggu dirinya daripada melihat hakikat sucinya cinta empat yang pertama; iaitu cinta Ilahi, Nabi, Ummi dan sahabat sejatinya iaitu Abrar & Adnin. Cintanya yang kelima itulah parasit. Bukan berdua, tetapi bertiga. Makhluk ketiga itu bukan insani, tetapi makluk laknat yang dicipta daripada api. Jika ditanya Ameer, mengapa sanggup tinggalkan empat demi satu cinta sahaja. Mengapa Ameer, mengapa? Jawabnya mudah dengan muka bersahaja, "Kerana AKU BUKAN NABI! Dah, jangan acah alim nak tegur aku! Blah..."

​

Kadangkala di saat hati sedih, buntu memikirkan masalah kehidupan yang tidak berkesudahan, kita lebih suka mencari keseronokan lain untuk melupakan masalah. Namun Allah SWT telah menitipkan Al-Quran kepada umat-Nya agar kehidupan manusia terpandu dengan baik.

Jika terasa diri jauh daripada Tuhan, buka dan bacalah Al-Quran. Sayangilah Al-Quran melebihi apa yang ada di sekeliling anda, kerana ia kalam Allah.

Pastikan Al-Quran sentiasa ada.

bottom of page